Pages

Khamis, 7 Oktober 2010

Fakta tentamg senyum


15 Fakta Menarik Tentang Senyum

May 2nd 2009 | Posted by dinda

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman 
    berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan 
    mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-
    hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan 
    senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi  
    banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 
    ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman 
    memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang 
    mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, 
    apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43  
    ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan 
    dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal 
    dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam 
    mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini  
    terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung 
    meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah 
    daripada paras sebelum anda ketawa.




6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang 
    dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 
    kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, 
    tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami 
    masalah tekanan dan kemurungan.


7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan 
    California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan 
    stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang 
    baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan  
    badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai 
    eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala  
    kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.



    Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari 
    keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan 
    hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon  
    ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan 
    ‘adrenaline’ .


9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan 
    bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan  
    penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang 
    menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan 
      oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses 
      penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti 
      kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit   
      jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara 
      tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi,     
      strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan 
      kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap 
      penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan 
      diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. 
      Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, 
      merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk 
      belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan 
      otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus 
      meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga 
      yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa 
      minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri 
      mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada 
      penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa 
      ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan  
      mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati 
      yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

” Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya”. 

Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers